Sunday, August 25, 2013

Usrah satu retorika?

aku adalah anak-anak panah Islam,
campaklah aku kemana sahaja, aku tetap berjuang untuk Islam..

Saad bin Abi Waqas

cakap dan melaungkannya memang mudah.
tetapi persoalannya, anak panah yang bagaimana?

kalau boleh biar jadi anak panah yang tajam,
yang terus membunuh tatkala menghujam lawan.

kalau boleh betulkanlah sasarannya,
bukannya sesuka menyerang kawan mahu pun lawan.

kalau boleh biarlah betul pemanahnya,
bukan siapa2di jalanan.

hakikatnya, Islam bukan satu retorika.
perkataannya, amalannya sangat-sangat membumi


status Fb yang baru aku update sebentar tadi benar-benar mampu membuat aku termenung sejenak.

status yang memang berniat untuk menampar diri sendiri.

menampar dan rasa ditampar.

rasa tersentak dan disentak.

persoalan yang timbul dalam benak sejak sekian lama,

adakah agama ini satu retorika?

atau agamawan yang senantiasa melangitkannya.

adakah tarbiah itu sentiasa di awang-awangan.

atau kita yang salah mengartikannya.


usrah pencetus retorik?

masih aku ingat ketika zaman matrikulasi.

ala, zaman baru-baru join usrah.

pulang dari usrah, rasa bersemangat. rasa kuat. rasa nikmat. rasa hebat.

setahun berlalu dengan sangat lancar.

habis matrikulasi, datang pula zaman universti.

zaman yang benar-benar membuat aku berfikir.

zaman yang membuat aku termenung panjang.

aku terasa gagal mengaitkan tazkirah-tazkirah dalam usrah dengan realiti yang dihadapi.

entah siapa dan apa yang salah.

salah naqibahkan? salah isi tazkirah? atau salah usrah?


Islam, satu cara hidup

banyak sebenarnya perubahan yang patut dibuat oleh organisasi-organisasi yang mengendalikan usrah.

terlalu banyak silibus yang perlu dipinda.

ada perkara yang masih perlu sembunyi namun terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam terang.

ada yang masih relevan namun terlalu banyak yang bersalut retorika.

Islam itu satu agama praktikal. praktikalkan usrah, praktikalkan tazkirah.

benar, ada benda yang boleh dikiaskan namun muda mudi kini lebih suka yang jelas dan nyata.

benar, masuk hutan memang mencabar sebagaimana mencabarnya menguruskan majlis yang penuh dengan protokol.

benar, pakai jubah itu bagus tetapi tidak salah sesekali kemas berblazer dan berkot.

Islam ini satu cara hidup. sentiasa segar. sentiasa up to date. sentiasa terkini. sentiasa relevan dengan peredaran zaman.


harapan, aku berharap penulisan ini boleh membuka ruang diskusi. untuk kita sentiasa membaiki diri.

fateha syauqah
25/8/2013
18 Syawal 1434 H
10:13 p.m.

No comments:

Post a Comment