Thursday, September 8, 2011

the line grew short

selamat hari lahir diriku...

semalam,
air mataku mengalir deras,
di saat aku sujud menghadap kebesaran tuhan..

semalam,
aku takut benar..
jiwaku resah,
nafasku lelah,

kerana hari ini,
cukup 2 dekad aku menghirup udara pemberian tuhan,
menggunakan nyawa yang dianugerahkan..

aku cuba menghitung,
berapa nikmat tuhan yang aku pakai,
gagal..terlampau banyak..
infiniti~

aku pantas mengira,
mengimbas kembali dosa-dosa,
letih..
kerana dosa itu juga terlampau banyak..

lantas,
aku ingin menenangkan hati,
cuba memikirkan kembali kebaikan,
entah jika banyak,
bolehlah hati kecil ini tenang kembali..

namun..
perlahan ku letakkan tangan di dada,
cuba menahan tangis,
tuhan..
kebaikan yang kubuat banyak namun aku tetap gagal untuk gembira,
kerana kebaikan itu tidak diiringi dengan ikhlas..
hanya sebagai tunjuk-tunjukan..

hari ini..
genap 2 dekad..
berapa lama lagi masa yang tinggal untukku?
siapa tahu?
sila beritahu dan maklumkan aku..
aku mahu bersedia..
aku mahu membuat banyak pahala..

tapi,
itu rahsia tuhan..
aku disini..
yang namaku beerti permulaan=fatehah
sudah lama bermula..

kini,
aku hanya disini..
menunggu masa tamatnya riwayat~