Sunday, August 25, 2013

Usrah satu retorika?

aku adalah anak-anak panah Islam,
campaklah aku kemana sahaja, aku tetap berjuang untuk Islam..

Saad bin Abi Waqas

cakap dan melaungkannya memang mudah.
tetapi persoalannya, anak panah yang bagaimana?

kalau boleh biar jadi anak panah yang tajam,
yang terus membunuh tatkala menghujam lawan.

kalau boleh betulkanlah sasarannya,
bukannya sesuka menyerang kawan mahu pun lawan.

kalau boleh biarlah betul pemanahnya,
bukan siapa2di jalanan.

hakikatnya, Islam bukan satu retorika.
perkataannya, amalannya sangat-sangat membumi


status Fb yang baru aku update sebentar tadi benar-benar mampu membuat aku termenung sejenak.

status yang memang berniat untuk menampar diri sendiri.

menampar dan rasa ditampar.

rasa tersentak dan disentak.

persoalan yang timbul dalam benak sejak sekian lama,

adakah agama ini satu retorika?

atau agamawan yang senantiasa melangitkannya.

adakah tarbiah itu sentiasa di awang-awangan.

atau kita yang salah mengartikannya.


usrah pencetus retorik?

masih aku ingat ketika zaman matrikulasi.

ala, zaman baru-baru join usrah.

pulang dari usrah, rasa bersemangat. rasa kuat. rasa nikmat. rasa hebat.

setahun berlalu dengan sangat lancar.

habis matrikulasi, datang pula zaman universti.

zaman yang benar-benar membuat aku berfikir.

zaman yang membuat aku termenung panjang.

aku terasa gagal mengaitkan tazkirah-tazkirah dalam usrah dengan realiti yang dihadapi.

entah siapa dan apa yang salah.

salah naqibahkan? salah isi tazkirah? atau salah usrah?


Islam, satu cara hidup

banyak sebenarnya perubahan yang patut dibuat oleh organisasi-organisasi yang mengendalikan usrah.

terlalu banyak silibus yang perlu dipinda.

ada perkara yang masih perlu sembunyi namun terlalu banyak perkara yang perlu dibuat dalam terang.

ada yang masih relevan namun terlalu banyak yang bersalut retorika.

Islam itu satu agama praktikal. praktikalkan usrah, praktikalkan tazkirah.

benar, ada benda yang boleh dikiaskan namun muda mudi kini lebih suka yang jelas dan nyata.

benar, masuk hutan memang mencabar sebagaimana mencabarnya menguruskan majlis yang penuh dengan protokol.

benar, pakai jubah itu bagus tetapi tidak salah sesekali kemas berblazer dan berkot.

Islam ini satu cara hidup. sentiasa segar. sentiasa up to date. sentiasa terkini. sentiasa relevan dengan peredaran zaman.


harapan, aku berharap penulisan ini boleh membuka ruang diskusi. untuk kita sentiasa membaiki diri.

fateha syauqah
25/8/2013
18 Syawal 1434 H
10:13 p.m.

Friday, March 22, 2013

Dia yang mencari tuhan

Berada di hong kong walau hanya sekadar 5 hari cukup memberi impak dalam kehidupan bertuhan saya.

Hong Kong sebuah negara kecil yang mempunyai populasi seramai 7.1 juta penduduk  dengan keluasan 1104 km persegi dengan majoriti penduduk menganuti agama buddha.

Dengan fakta sedemikian, pasti sukar untuk mengamalkan kehidupan Islam apatah  lagi untuk melakukan ibadah wajib mahupun sunat. Tidak saya nafikan, ia memang sukar.

Walaubagaimanapun, kesukaran itu mengajar saya 1001 perkara.
Terdapat banyak hikmah yang ALLAH beri sepanjang permusafiran saya ini yang tidak saya perolehi sepanjang berada di Malaysia.

Bagi seorang yang mempunyai lidah Melayu seperti saya, 5 hari di Hong Kong merupakan satu penyeksaan yang dasyat dan hebat.
Agak sukar untuk saya menikmati makanan yang sesuai dengan citarasa dan halal di tempat program.
Tambahan pula program tersebut tidak menyediakan makanan untuk peserta yang membayar dengan  harga pelajar seperti saya. Apa yang paling selamat untuk saya ialah makanan vegetarian yang boleh dikatakan hampir 99% bahan makanan tersebut diperbuat daripada sayur...
Saya peminat sayur, sangat minat. Tetapi tidak sepanjang masa.

Ditakdirkan Allah, pada hari ketiga program saya berasa sangat lapar dan kepenatan.
Saya terdesak mencari makanan yang boleh saya makan tanpa perasaan ragu mahupun wasangka.

Selepas pencarian di google, saya menemui alamat makanan halal di Hong Kong yang terletak kira-kira 2 jam dari tempat program. Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre yang terletak di Oi Kwan Street.

Menjadi kebiasaan bagi masjid di negara-negara  non-muslim untuk  terletak agak jauh dan tersorok dari kawasan-kawasan tumpuan. Begitu juga halnya dengan masjid ini. Ia terletak agak jauh dari jalan utama.


Setelah bertanya dengan beberapa rakyat tempatan dan bantuan dari peta, saya akhirnya menemui Oi Kwan Road iaitu jalan yang menuju ke Masjid yang ingin saya cari. (selepas berjalan kaki selama 25 minit) 


Masjid Ammar and Osman Ramju Sadick Islamic Centre

Destinasi pertama saya pastilah kantin makanan halal yang terletak di tingkat 5. Saya bergegas ke sana dengan tujuan memenuhi tuntutan perut yang dari pagi minta diisi. 

Selesai makan, saya mula bersiap untuk pulang kembali ke tempat penginapan.
Sebelum keluar, saya terdetik untuk melihat-lihat persekitaran masjid kalau-kalau ada sesuatu yang boleh dicontohi dan diaplikasikan  pula di Malaysia.

Dia yang mencari Tuhan

Sebelum melangkah keluar dari masjid kecil ini, saya berhenti sebentar di pintu masuk.
Hal ini kerana, saya berasa tertarik dengan risalah-risalah penerangan mengenai Islam yang diletakkan betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk masjid.

Islam yang diterangkan dengan ringkas dan mudah.

Islam yang merupakan cara hidup.

Islam yang lengkap namun tidak menyusahkan.

Sedang saya membelek-belek risalah tersebut, saya dihampiri oleh seorang lelaki yang wajahnya kelihatan seperti seorang yang berbangsa melayu.

"Mungkin orang Malaysia" detik hati kecil saya.

Dengan wajah polos, beliau menyapa saya tenang.

"Kamu boleh berbahasa Inggeris? " tanya beliau dalam bahaga Inggeris mudah.

Saya mengangguk perlahan dan terus bertanya tujuan beliau ke mari.
Fikir saya beliau pasti seorang pelancong yang tersesat dan mahu bertanya jalan melihatkan kepada beg yang dibawa dan cara beliau yang sedkit tertinjau-tinjau dari tadi.

Ternyata tekaan saya silap bilamana bibir beliau menuturkan satu ayat yang bagi saya cukup untuk membuat saya mengucap Subhanallah berulang kali di dalam hati.

"Miss, I want to convert to Muslim. Can you help me?"

Allahuakhbar. Allahuakhbar.

Rupanya beliau seorang penduduk tempatan berasal dari Filipina dan berniat mahu kembali kepada agama fitrah.
Selepas berbual seketika, saya meminta diri kerana menyedari hari yang semakin lewat.

Tambahan pula, imam masjid yang pada hemat saya lebih fakih dalam urusan ini sudi menawarkan diri bagi membimbing pemuda tadi.




gambar yang sempat saya tangkap sebagai kenangan istimewa, hadiah dari Tuhan.

Sepanjang perjalanan balik menaiki MTR ( sejenis keretapi di HK), segala  perbualan saya bersama pemuda tadi kembali terngiang-ngiang di benak fikiran.

Soalan yang paling saya tidak akan lupa ialah bilamana beliau bertanya dengan nada yang sedikit risau iaitu adakah susah untuk menjadi penganut  agama Islam? Adakah susah untuk hidup dalam kerangka Islam?


Saya masih ingat ketika itu saya sedikit terdiam. Menyedari apa yang bakal saya katakan ini mungkin memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan bertuhan beliau. Kehidupan dunia juga kehidupan akhirat.

Dengan perlahan saya menjawab, 

" Islam bukan agama yang susah. 

 Ia adalah cara hidup.
  
Namun, di peringkat permulaan ia akan menjadi sedikit mencabar dan memerlukan usaha. 
tetapi saudara, percayalah sedikit usaha itu pasti berbaloi dengan ketenangan dan kelapangan yang saudara   akan jumpa di penghujung "

Beliau mengangguk sambil tersenyum nipis dan beliau kemudiannya meminta diri selepas  mengucapkan terima kasih kepada saya.

Saya tahu jawapan saya itu akan dipertanggungjawabkan kelak di akhirat.
Mungkin itu bukan jawapan terbaik, tetapi hati kecil saya tetap mengharapkan sesuatu.

Harapannya  agar usaha saya yang sedikit  ini  dapat membantu pemuda tadi dalam usaha mencari Tuhan yang kekal abadi, Tuhan yang tidak mati.

Saya terfikir, alangkah bertuahnya beliau kerana digerakkan oleh ALLAH untuk mencari cahaya yang suci iaitu Islam.

Saya juga terfikir, alangkah beruntungnya saya kerana ditemukan dengan beliau pada hari tersebut.

22 Tahun saya hidup di Malaysia iaitu sebuah negara yang majoritinya Islam.
tetapi ditakdirkan berjumpa dengan keajaiban sebegini  di Hong Kong, sebuah negara yang majoritinya bukan Islam. 
pelik? sedikit pelik tetapi tiada yang mustahil dengan kuasa Allah.
Hadiah? Ya, hadiah dari Allah buat saya yang hina dan lemah.

Alhamdulillah. Syukur.

Doa untuk kekuatan

Antara tujuan saya mengabadikan kenangan ini dalam bentuk tulisan selain daripada  untuk berkongsi, saya juga mengharapkan doa ikhlas dari kalian untuk pemuda tadi.

Doa adalah senjata ampuh kita.

Moga dengan senjata ini, dapat membantu saudara baru kita untuk terus istiqamah.

Biar lelah mahupun payah.

Harap beliau berjumpa dengan ketenangan yang dicari.

Harap kita semua bertemu kalau tidak di dunia, insyaallah  di Jannah nanti. aminn







Saturday, February 2, 2013

Apabila mulut dikunci



kelihatannya sudah lama tidak singgah,
kesibukan mengekang diri dari berekspresi,,
alasan cliche yang sering digunakan,
walaupun  hakikat sebenar ialah disipilin diri yang corot kebelakangan ini.

entah apa yang salah,
entah apa yang tidak kena,

terasa cemburu melihat mereka yang komited dalam berbuat kebaikan,
terasa dengki dengan mereka yang istiqamah dalam kebaikan,

apabila mulut dikunci

saya masih ingat ketika zaman saya junior di universiti,

ketika itu saya berasa yakin dengan prinsip yang dipegang,

terasa hendak menggoncang dunia dengan hakikat kebenaran.

tapi semakin meningkat usia,

semangat semakin pudar dengan peredaran masa.

suara yang dulu lantang kini sudah hilang taring..

terasa dayus,
terasa kalah,

si pulan binti si pulan : ''fateha, hati-hati dengan status kamu..ramai yang memerhati"

si A bin si B : kita kena neutral, hati-hati dengan perbuatan kamu

si 1 bin si 2 : behave, people are watching you !!

amaran demi amaran, silih berganti, kadang diujar dalam kelembutan tetapi tajam..
kadang tegas dan menyakitkan..

kalau dan kalau, semua amaran itu diterjemahkan dari kata-kata kepada perbuatan,
pasti sahaja boleh aku dakwa mereka atas nama ugutan.

ugutan yang mematikan perbuatan,
ugutan yang melahirkan seorang pengecut seperti aku..

muhasabah diri

namun, kembali ke akal yang waras.

biar mereka dengan tugas mereka,
dan aku dengan pendirian aku.

tiada siapa boleh memaksa seseorang untuk menjadi jahat melainkan dirinya sendiri yang membenarkan.

dan aku tidak akan membenarkan diri aku untuk menjadi pengecut.

cukup dan cukup!