Thursday, December 8, 2011

HATI..jangan MATI


maghrib tadi,
aku usrah dengan adik-adik..
seperti biasa menyampaikan apa yang rasa nak cakap,
tiba-tiba,
tersentuh soal hati (sebab tengah pegang majalah solusi edisi hati)
aku pun apa lagi semangat lah bercerita,
aku tanya diorang,

"dalam tubuh kita ni apa yang penting?"

sorang jawab, "jantung!!"

ada yang jawab " hati?"


aku tanya diorang balik...
hati ke jantung?

sebab dalam bahasa inggeris,

liver= hati
heart=jantung


dan kita biasa cakap YOU ALWAYS IN MY HEART...

adakah ini bermaksud,
KAMU SELALU BERADA DALAM JANTUNGKU???

okay..tu cliche..
jantung ke hati ke, kedua-duanya penting..
jawapanku kepada adik-adik senang..

HATI ialah jantung kepada manusia...

kenapa hati itu jantung kepada manusia?
kerana tanpa jantung yang berfungsi,
manusia akan MATI...

hati juga begitu,
hati sebagai khalifah badan,
pemimpin yang baik mempengaruhi rakyatnya untuk juga menjadi baik,
dan begitulah sebaliknya..

HATI yang selalu ingat MATI sentiasa hidup..




~sekadar coretan jam 3.20 pagi..tengah malam~
~9 disember 2011~

Thursday, September 8, 2011

the line grew short

selamat hari lahir diriku...

semalam,
air mataku mengalir deras,
di saat aku sujud menghadap kebesaran tuhan..

semalam,
aku takut benar..
jiwaku resah,
nafasku lelah,

kerana hari ini,
cukup 2 dekad aku menghirup udara pemberian tuhan,
menggunakan nyawa yang dianugerahkan..

aku cuba menghitung,
berapa nikmat tuhan yang aku pakai,
gagal..terlampau banyak..
infiniti~

aku pantas mengira,
mengimbas kembali dosa-dosa,
letih..
kerana dosa itu juga terlampau banyak..

lantas,
aku ingin menenangkan hati,
cuba memikirkan kembali kebaikan,
entah jika banyak,
bolehlah hati kecil ini tenang kembali..

namun..
perlahan ku letakkan tangan di dada,
cuba menahan tangis,
tuhan..
kebaikan yang kubuat banyak namun aku tetap gagal untuk gembira,
kerana kebaikan itu tidak diiringi dengan ikhlas..
hanya sebagai tunjuk-tunjukan..

hari ini..
genap 2 dekad..
berapa lama lagi masa yang tinggal untukku?
siapa tahu?
sila beritahu dan maklumkan aku..
aku mahu bersedia..
aku mahu membuat banyak pahala..

tapi,
itu rahsia tuhan..
aku disini..
yang namaku beerti permulaan=fatehah
sudah lama bermula..

kini,
aku hanya disini..
menunggu masa tamatnya riwayat~




Sunday, July 10, 2011

kuala lumpur meratap..

ku lihat hari ini,
ibu negara bermandi hiba,
basah dan lelah,,,

demokrasi itu sudah mati,
rakyat meratap menangisi di kuburannya,

anjing itu menyalak garang,
membaham rakus suara keadilan,
diarah oleh tuan,,
berhati setan..

air mata ini mengalir,
bukan menangisi kezaliman.
tapi mengingati sebuah perjuangan,

mati seorang,
bukan halangan..

bangunlah kuala lumpur,
jangan biarkan tanahmu dijarah terus,
tanah ini bukan tanah kemurkaan,
ini tanah tuhan,,

ingat,
tuhan sebaik-baik perancang..

Monday, April 4, 2011

jihad..

sedihnya...
makin lama ana sedar diri ni dah tak sekuat dulu..
susah nak bangun pagi..
susahnya nk duduk di atas tikar sejadah,bertahajud..
di tengah keheningan pagi..
ditemani cahaya bulan..
susah juga untuk mentaddabur al-Quran..
sedangkan Rasulullah sudah berpesan,

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ''Telah aku tinggalkan kepadamu perkara yang apabila kamu tetap berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu kitab (al-Quran) dan sunnah Rasulnya''..

susah juga untuk solat berjemaah,
apatah lagi ketika solat subuh...
subuh pun selalu subuh gajah,
sedangkan nabi Muhammad yang mulia ada mengatakan,

“Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah S.A.W., dua rakaat solat Fajar (solat Subuh) pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”

susah juga untuk menjaga pandangan,
mata mudah sahaja nk melirik pada yang bukan muhrim,
sedangkan,

wanita solehah itu tidak memandang dan tidak dipandang..

lalu,,
aku termenung...muhasabah diri...

apa kenanya dengan diri ini ya ALLAH..
Kenapa aku tidak seperti orang yg ditarbiyah..

aku merenung jauh...

Mataku jatuh pada helaian al-Quran..

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan."(Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)

ya...hati!
aku tahu..hatiku sudah kotor...
hati ini makin nazak..
hampir mati...
diserang virus dosa..

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)

ya ALLAH...
aku sedar hatiku makin keras..
tidak segan silu bercakap dan bersenda dengan yang bukan muhrim..
aku sudah biasa untuk bergelak ketawa..
solatku juga makin lambat,,,
ini semua kerana HATI...

lalu ya ALLAH,
dengan segala dosa yang aku lakukan..
hati yang tak terhijab,
mata yang selalu terlihat yang haram..
ampunilah aku...

carilah hatimu ketika sedang membaca al-Quran,
jika kau tidak temui,
carilah hatimu ketika sedang menunaikan solat..
jika kau tidak temui,
carilah hatimu ketika sedang duduk mengingati mati..
jika kau tidak temui juga,,
berdoalah pada ALLAH, pinta hati yang baru...

~ya ALLAH,berikan aku hati yang baru...~