Friday, December 10, 2010

istikharahlah............

ya ALLAH,
sesungguhnya aku memohon kepadaMU
memilihkan mana yg baik menurut pengetahuanMU
dan
aku memohon kepadaMU
untuk memberi ketentuan dengan kekuasaanMU
dan
aku memohon anugerahMU yg agung
kerana sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa
sedangkan aku tidak berkuasa
dan
Engkau Maha Mengetahui
sedangkan aku tidak mengetahui
dan
Engkaulah Yang Maha Mengetahui akan yg ghaib
ya ALLAH,
jika Engkau mengetahui perkara ini baik untukku,
untuk agamaku,
penghidupanku,
dan baik akibatnya,
maka tetapkanlah perkara ini,
dan mudahkanlah bagiku,
dan berikanlah keberkahan bagiku.
Apabila Engkau mengetahui bahawa perkara ini buruk untukku,
untuk agamaku,
untuk penghidupanku,
dan buruk akibatnya,
maka jauhkanlah perkara ini dariku,
jauhkanlah,
jauhkanlah,
tetapkanlah apa yg baik untukku ya ALLAH..
dimana saja aku berada,
moga aku jadi hamba yg redha dan bersyukur..
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa atas sesuatu pun..
tunjukkanlah aku jalan..
insyaALLAH..............

2 comments:

  1. xdela...........
    nape perlu bersedih untuk dunia yg xpasti smpai bile kita akan lihat tanpa digenggam..........

    ReplyDelete